>

Thursday, March 29, 2012

Cara Penjagaan Tayar Kereta (Penting!)

0 rajin komen
assalamualaikum wtb..
~~belajar dari kesilapan~~
lps jumpe link cara penjagaan tayar kerete ni teringat plk baru2 kena tukar tayar kete...sbbnye bunge kat tayar kete tu dah haus..paham ke,wat2 paham la..hehee. camni la owg pompuan benda2 mcm ni xamek kesah sgt,last2 tgk tayar dah kemek..so, hari ni kite belajar pasal tayar yer..ana kongsikan bersama info berguna ni dgn anda sume..renung2kan dan selamat beramal..trademark prof izzi..hehe

**********

Tayar sangat penting dalam kehidupan di darat. Namun, masih ada yang tidak tahu tentang tayar, penjagaan tayar, dan yang lebih penting lagi adalah cara menukar tayar!

Dulu ada orang kata yang tayar mampu bertahan sehingga 5 Tahun. Tapi, demi keselamatan, sesungguhnya tukarlah tayar anda setelah ianya mencecah 3 tahun. Bukannya apa, selalunya tayar yang sangat lama ini sebenarnya bukan digunakan pun, tetapi kebanyakannya disimpan didalam kenderaan sebagai tayar ganti atau lebih selalu dipanggil tayar spare. Tayar spare ini selalunya akan menjadi keras setelah tidak digunakan selama 2 tahun ke atas, jadi pandai-pandailah tukar antara tayar-tayar lain supaya tayar tidak keras dan umurnya mencecah sehingga 5 tahun.


Bagaimana mahu tahu tentang umur tayar?

Tak susah. Tengok pada bahagian sisi tayar, cari tulisan yang mempunyai empat nombor, dua nombor pertama menerangkan tentang minggu tayar dibuat dalam setahun, dua nombor kedua adalah tahun, sebagai contoh, lihat gambar. 

 

Sumber gambar
  Nombor pada tayar menunjukkan 0208, yang bermaksud, tayar ini dibuat pada minggu ke-2 tahun 2008. 


Bagaimana mahu menjaga tayar?


  1. Sentiasa pastikan tekanan tayar sentiasa berada dalam keadaan optimum. Informasi berkenaan tekanan optimum tayar selalunya ada dilekatkan pada pintu kenderaan di bahagian dalam. Pentingnya tekanan tayar ini kerana:
    • Dapat menjimatkan petrol.
    • Dapat mengelakkan tayar haus dengan cepat.
    • Mengekalkan kestabilan kenderaan dan dapat menjamin keselamatan.
    • 
      Sumber gambar
      
  2. Periksa tayar anda dan pastikan tayar anda bebas dari objek-objek tajam. Objek-objek ini akan mengakibatkan tayar anda hilang tekanan secara tidak anda sedari.
  3. Tukar kedudukan tayar setiap 10,000km atau setiap tiga bulan bagi membolehkan tayar habis dengan sekata.
  4. Buat allignment pada kereta dan imbangan tayar setiap 10,000km atau setiap tiga bulan. Kenderaan yang tidak di-allignment akan memberi ketidakseimbangan beban pada tayar dan mengakibatkan tayar cepat haus hanya pada sebelah permukaan. Sama juga dengan imbangan tayar. Lihat grafik.

    Bagaimana cara untuk menukar tayar?
    Pastikan anda ada:
      1. Tayar ganti yang masih elok.
      2. Jack kereta.
      3. Pembuka tayar.
Kesemua alatan di atas adalah sangat penting. Jika hilang salah satu, maka lebih baik telefon trak tunda atau kawan-kawan berdekatan.

 1. Keluarkan tayar ganti dari belakang kenderaan. Selalunya tayar akan diletakkan di dalam bonet belakang, di bawah carpet sedia ada. Jack akan berada bersama atau di bawah tayar.


2. Letakkan jack di bawah tulang kereta anda. Pastikan lekuknya diisi dengan tulang kereta.

 

3. Longgarkan nat pada tayar kereta anda.

4. Pusingkan jack pada arah clockwise bagi menaikkan kereta anda.

5. Buka kesemua nat dan cabut tayar anda.



6. Masukkan tayar ganti dan ikat mengikut turutan. 1,4,3,2 atau dengan bahasa mudah dalam bentuk X. Ini bagi mengelakkan tayar dipasang secara senget dan mengakibatkan kerosakan kekal pada tayar dan rim.



Sekarang andalah pakar tayar!!
*kecuali tentang saiz,lebar,tinggi had beban dan had laju tayar.
**********

more info di sini


Sunday, March 25, 2012

Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?

0 rajin komen


Doktor sering menasihatkan kita supaya perbanyakkan kita meminum air . Ini kerana air merupakan salah satu sumber utama dalam badan supaya badan manusia menjadi sihat.

Berapa Banyak Air Masak Yang Perlu Diminum?  | Ada orang kata jangan minum air masak banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul? Sejak dari sekolah lagi, ibu bapa kita sering menasihatkan kita supaya sering meminum air yang telah masak. Jadi tidak hairanlah kalau kita dapat melihat pelajar-pelajar membawa bekas minuman air masak ke sekolah.

Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! “8 gelas sehari” lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.

Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori “8 gelas sehari”. Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air masak sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.


Mereka yang meminum air masak, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.


Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula?Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.


Peringatan: Lebih banyak anda meminum air masak, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dan lain-lain lagi


Melayukini.net - Sekadar perkongsian, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut,  ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya.



more info di sini

Tuesday, February 14, 2012

PENJELASAN JAKIM TENTANG HARI VALENTINE

0 rajin komen


"Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

"Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam," inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day.

"Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang," kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

"Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita," katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine's Day pada Jumaat.

Namun katanya Islam juga pada masa yang sama akan menolak sesuatu yang datang waima dari Timur sekalipun jika ia bertentangan dengan prinsip dan amalan agama Islam.

"Ia bukan persoalan atau isu asal tempat kedatangan sesuatu sambutan sesuatu perayaan dan keraian itu, tetapi amalan atau ritual yang dilakukan untuk merayakan hari-hari tertentu itu," katanya.

Wan Mohamad berkata Islam bukan agama yang menyekat atau menghalang untuk penganutnya meluahkan kasih sayang tetapi apa yang disekat adalah perbuatan maksiat yang dilakukan semasa menyatakan kasih sayang itu.

“Jika kita kasih pada orang, itu bukan maksiat tetapi kalau kita adakan hubungan diluar pernikahan, itu maksiat. Itu bezanya,” ujarnya.

Katanya beliau yakin bukan sahaja Islam, agama lain juga meletakkan batasan dan etika yang perlu penganutnya patuhi.

Beliau berkata bagi Hari Valentine, meraikannya sangat jelas ia terarah kepada amalan maksiat.

“Itulah sebabnya fatwa dikeluarkan untuk menyekat dan menasihati orang Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine dengan melihat dari segi sejarah dan realiti sekarang ini, di mana-mana pun ia sinonim dengan amalan maksiat,” katanya.

Sebagai perbandingan, Wan Mohamad berkata fatwa juga memutuskan sekiranya rakan bukan beragama Islam mengadakan majlis menyambut hari perayaan mereka, orang Islam boleh menghadirinya.

Namun jika majlis sosial itu menyajikan minuman beralkohol, “majlis itu sudah rosak dan kita tidak boleh hadir,” katanya.
“Kita juga boleh meraikan kawan kita yang meraikan hari perayaan agama mereka tetapi kita ditegah daripada terlibat dengan ritual agama itu sebab itu sudah masuk ke dalam isu akidah," jelasnya.

Beliau berkata penjelasan juga perlu dibuat agar Islam tidak difitnah dengan mengatakan agama itu tidak boleh meraikan rakan bukan Islam yang meraikan Hari Natal, Hari Diwali, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya.

“Kita hanya tidak boleh terlibat dengan ritual ibadat agama lain. Acara sosial, kita berhimpun dengan mereka yang bukan Islam, itu tidak ada masalah.

“Pemimpin kita juga hadir majlis sebegitu. Malah Mufti-mufti kita hadir ke majlis jamuan teh yang dianjurkan oleh jiran yang menyambut Hari Natal,” katanya.

Pelancaran Kempen Awasi Jerat Hari Valentine tersebut adalah untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih Isnin ini.

"Islam menganjurkan umatnya supaya menjadikan jalinan kasih sayang sesuatu yang abadi. Ungkapan kasih sayang bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Ia adalah sepanjang hayat," kata Wan Mohamad.

#Sumber

Friday, February 10, 2012

Adab-Adab Masuk Ke Tandas Menurut Islam

0 rajin komen

KUALA LUMPUR – Penulis percaya bahawa tandas merupakan sesuatu yang sangat penting bagi setiap manusia, khususnya umat Islam, dan dipercayai bahawa setiap manusia normal akan masuk ke tandas sekitar lima atau enam kali setiap hari.
Secara lazimnya, tandas digunakan untuk menunaikan hajat sama ada membuang air besar atau kecil, mandi, membasuh pakaian, berwudhu dan sebagainya.
Ada tandas yang dihias mewah dengan jubin-jubin mahal dan peralatan yang diimport khas dari luar negara, manakala ada juga yang terbiar berkarat tidak bercuci serta kotor dengan najis yang tidak di”flush” oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Biar apa pun perkara atau permasalahan, sebagai umat Islam kita wajar merujuk kepada agama Allah itu dalam setiap muamalah yang kita jalani setiap hari meskipun mengenai perkara-perkara remeh seperti adab-adab masuk ke tandas.
1. Masuk tandas dengan kaki kiri terlebih dahulu – Tandas merupakan satu tempat yang dianggap kurang bersih, kotor dan dikatakan sering menjadi tempat ‘kediaman’ syaitan. Menurut Islam, tempat yang dimuliakan sepert masjid, surau atau rumah hendaklah didahulukan dengan langkah kanan dan begitu juga sebaliknya.
2. Dilarang membawa masuk atau menyebut sebarang benda yang mengandungi tulisan kalimah ‘Allah’ dan ‘Rasulullah SAW’, atau yang berunsur sepertinya ke dalam tandas.
3. Berdoa ketika hendak masuk ke tandas dan bukan membaca doa – Ramai yang keliru antara berdoa dan membaca doa. Berdoa membawa erti kita memohon sesuatu dari Allah manakala membaca doa ialah sekadar seperti kita membaca buku sahaja. Berdoalah “Ya Allah, aku mohon jauhkanlah diriku dari syaitan jantan dan betina (di dalam tandas)”.
4. Bertinggung dengan memberatkan sebelah kiri ketika qadha hajat – Sunnah Rasulullah SAW mengajar umatnya begitu di mana ia mampu memudahkan proses pembuangan hajat tersebut.
5. Beristinjak atau membersihkan “qubul” (bahagian depan) atau “dubur” bahagian belakang setelah selesai tunai hajat. – bersihkan sebersih-bersihnya.
6. Sekiranya masuk ke tandas untuk mandi, pastikan pakai kain basahan yang menutup aurat dan jangan berbogel – Jaga aurat kita walaupun di dalam tandas. Allah itu Maha Melihat dan kita wajar malu kepada Maha Pencipta serta menjaga aurat kita dari penglihatan makhluk halus seperti malaikat dan sebagainya.
7. Pastikan tandas dalam keadaan bersih sebelum keluar – Islam itu adalah agama yang mementingkan kebersihan. Justeru, umat Islam dianjurkan menjaga kebersihan meskipun ia hanyalah sekadar tandas.
8. Berdoa ketika keluar tandas – Sebutlah “Ghufraanak” atau ‘Ya Allah, ampunkanlah aku’. Mengapa? Sentiasa mohon keampunan dari Allah SWT itu adalah satu amalan yang baik terutamanya selepas keluar dari tempat yang dianggap kotor dan menjadi kegemaran syaitan. Apatah lagi kita terpaksa meninggalkan kalimah ‘Allah’ dan RasulNya ketika masuk ke tandas dan manalah tahu kita ada membuat kesalahan ketika berada di dalam tandas.
Demikianlah Islam yang syumul dan menyeluruh, penuh dengan adab serta akhlak yang perlu dititik diberatkan untuk memastikan sebuah kehidupan dan muamalah yang lebih bersih.
Alangkah indahnya kehidupan sebagai muslim…
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Thursday, February 9, 2012

Puding Roti

0 rajin komen
Puding Roti
harum semerbak adunan puding roti yg sedang di bakar..xsabar rasenye menanti masa nak ngapp...nak makan terus xboleh,adunannya lembik n susah ckit nak potong masa panas2,so kena tunggu sejuk baru boleh makan, ana letak dlm fridge sekejap n pastu baru potong..puding ni xde la manis sgt,manis2 buah gitu,best..sape yg suka manis boleh tambahkan kandungan gula..tp bagi ana just nice je rasenye,baik utk kesihatan,sesuai pada sesiapa yg ade diabetes..'kurangkan manis pada minuman banyakkan manis pada senyuman'..ngeee..ape kene mengena minuman dlm entri ni..utk selingan shj..abaikan je..okla xperlu membebel cik ana..just try this recipe u oll!!


Bahan A
2 1/2 cawan susu segar kotak/fresh milk
12-13 keping roti 



Bahan B
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar mentega
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung


Bahan C

Kismis dan ceri hijau/merah (tak nak letak pun tak apa)


Cara-cara:
Koyakkan roti dan rendam dalam susu. Ketepikan
Blend bahan B dan masukkan dalam adunan roti, gaulkan.
Masukkan kismis dan ceri, gaulkan dan tuangkan ke dalam loyang.
Taburkan sedikit kismis dan ceri sebagai hiasan.
Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga masak.




7 Cara Kempiskan Perut Buncit

0 rajin komen


Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.
Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.
Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.
Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah  mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:
1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Selamat mencuba!
Oleh: NAIMAH SHAARI

Monday, February 6, 2012

Haram Sambut Hari Lahir Dengan Meniup Lilin Dan Menyanyi

0 rajin komen

Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi....setengah orang cakap tak boleh...kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu "Allah selamatkan kamu"?

Jawapannya

Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.

Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.

Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu 
“selamat hari jadi”?

Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :


“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”

Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.

Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...