>

Tuesday, February 14, 2012

PENJELASAN JAKIM TENTANG HARI VALENTINE

0 rajin komen


"Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

"Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam," inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day.

"Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang," kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

"Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita," katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine's Day pada Jumaat.

Namun katanya Islam juga pada masa yang sama akan menolak sesuatu yang datang waima dari Timur sekalipun jika ia bertentangan dengan prinsip dan amalan agama Islam.

"Ia bukan persoalan atau isu asal tempat kedatangan sesuatu sambutan sesuatu perayaan dan keraian itu, tetapi amalan atau ritual yang dilakukan untuk merayakan hari-hari tertentu itu," katanya.

Wan Mohamad berkata Islam bukan agama yang menyekat atau menghalang untuk penganutnya meluahkan kasih sayang tetapi apa yang disekat adalah perbuatan maksiat yang dilakukan semasa menyatakan kasih sayang itu.

“Jika kita kasih pada orang, itu bukan maksiat tetapi kalau kita adakan hubungan diluar pernikahan, itu maksiat. Itu bezanya,” ujarnya.

Katanya beliau yakin bukan sahaja Islam, agama lain juga meletakkan batasan dan etika yang perlu penganutnya patuhi.

Beliau berkata bagi Hari Valentine, meraikannya sangat jelas ia terarah kepada amalan maksiat.

“Itulah sebabnya fatwa dikeluarkan untuk menyekat dan menasihati orang Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine dengan melihat dari segi sejarah dan realiti sekarang ini, di mana-mana pun ia sinonim dengan amalan maksiat,” katanya.

Sebagai perbandingan, Wan Mohamad berkata fatwa juga memutuskan sekiranya rakan bukan beragama Islam mengadakan majlis menyambut hari perayaan mereka, orang Islam boleh menghadirinya.

Namun jika majlis sosial itu menyajikan minuman beralkohol, “majlis itu sudah rosak dan kita tidak boleh hadir,” katanya.
“Kita juga boleh meraikan kawan kita yang meraikan hari perayaan agama mereka tetapi kita ditegah daripada terlibat dengan ritual agama itu sebab itu sudah masuk ke dalam isu akidah," jelasnya.

Beliau berkata penjelasan juga perlu dibuat agar Islam tidak difitnah dengan mengatakan agama itu tidak boleh meraikan rakan bukan Islam yang meraikan Hari Natal, Hari Diwali, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya.

“Kita hanya tidak boleh terlibat dengan ritual ibadat agama lain. Acara sosial, kita berhimpun dengan mereka yang bukan Islam, itu tidak ada masalah.

“Pemimpin kita juga hadir majlis sebegitu. Malah Mufti-mufti kita hadir ke majlis jamuan teh yang dianjurkan oleh jiran yang menyambut Hari Natal,” katanya.

Pelancaran Kempen Awasi Jerat Hari Valentine tersebut adalah untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih Isnin ini.

"Islam menganjurkan umatnya supaya menjadikan jalinan kasih sayang sesuatu yang abadi. Ungkapan kasih sayang bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Ia adalah sepanjang hayat," kata Wan Mohamad.

#Sumber

Friday, February 10, 2012

Adab-Adab Masuk Ke Tandas Menurut Islam

0 rajin komen

KUALA LUMPUR – Penulis percaya bahawa tandas merupakan sesuatu yang sangat penting bagi setiap manusia, khususnya umat Islam, dan dipercayai bahawa setiap manusia normal akan masuk ke tandas sekitar lima atau enam kali setiap hari.
Secara lazimnya, tandas digunakan untuk menunaikan hajat sama ada membuang air besar atau kecil, mandi, membasuh pakaian, berwudhu dan sebagainya.
Ada tandas yang dihias mewah dengan jubin-jubin mahal dan peralatan yang diimport khas dari luar negara, manakala ada juga yang terbiar berkarat tidak bercuci serta kotor dengan najis yang tidak di”flush” oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Biar apa pun perkara atau permasalahan, sebagai umat Islam kita wajar merujuk kepada agama Allah itu dalam setiap muamalah yang kita jalani setiap hari meskipun mengenai perkara-perkara remeh seperti adab-adab masuk ke tandas.
1. Masuk tandas dengan kaki kiri terlebih dahulu – Tandas merupakan satu tempat yang dianggap kurang bersih, kotor dan dikatakan sering menjadi tempat ‘kediaman’ syaitan. Menurut Islam, tempat yang dimuliakan sepert masjid, surau atau rumah hendaklah didahulukan dengan langkah kanan dan begitu juga sebaliknya.
2. Dilarang membawa masuk atau menyebut sebarang benda yang mengandungi tulisan kalimah ‘Allah’ dan ‘Rasulullah SAW’, atau yang berunsur sepertinya ke dalam tandas.
3. Berdoa ketika hendak masuk ke tandas dan bukan membaca doa – Ramai yang keliru antara berdoa dan membaca doa. Berdoa membawa erti kita memohon sesuatu dari Allah manakala membaca doa ialah sekadar seperti kita membaca buku sahaja. Berdoalah “Ya Allah, aku mohon jauhkanlah diriku dari syaitan jantan dan betina (di dalam tandas)”.
4. Bertinggung dengan memberatkan sebelah kiri ketika qadha hajat – Sunnah Rasulullah SAW mengajar umatnya begitu di mana ia mampu memudahkan proses pembuangan hajat tersebut.
5. Beristinjak atau membersihkan “qubul” (bahagian depan) atau “dubur” bahagian belakang setelah selesai tunai hajat. – bersihkan sebersih-bersihnya.
6. Sekiranya masuk ke tandas untuk mandi, pastikan pakai kain basahan yang menutup aurat dan jangan berbogel – Jaga aurat kita walaupun di dalam tandas. Allah itu Maha Melihat dan kita wajar malu kepada Maha Pencipta serta menjaga aurat kita dari penglihatan makhluk halus seperti malaikat dan sebagainya.
7. Pastikan tandas dalam keadaan bersih sebelum keluar – Islam itu adalah agama yang mementingkan kebersihan. Justeru, umat Islam dianjurkan menjaga kebersihan meskipun ia hanyalah sekadar tandas.
8. Berdoa ketika keluar tandas – Sebutlah “Ghufraanak” atau ‘Ya Allah, ampunkanlah aku’. Mengapa? Sentiasa mohon keampunan dari Allah SWT itu adalah satu amalan yang baik terutamanya selepas keluar dari tempat yang dianggap kotor dan menjadi kegemaran syaitan. Apatah lagi kita terpaksa meninggalkan kalimah ‘Allah’ dan RasulNya ketika masuk ke tandas dan manalah tahu kita ada membuat kesalahan ketika berada di dalam tandas.
Demikianlah Islam yang syumul dan menyeluruh, penuh dengan adab serta akhlak yang perlu dititik diberatkan untuk memastikan sebuah kehidupan dan muamalah yang lebih bersih.
Alangkah indahnya kehidupan sebagai muslim…
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Thursday, February 9, 2012

Puding Roti

0 rajin komen
Puding Roti
harum semerbak adunan puding roti yg sedang di bakar..xsabar rasenye menanti masa nak ngapp...nak makan terus xboleh,adunannya lembik n susah ckit nak potong masa panas2,so kena tunggu sejuk baru boleh makan, ana letak dlm fridge sekejap n pastu baru potong..puding ni xde la manis sgt,manis2 buah gitu,best..sape yg suka manis boleh tambahkan kandungan gula..tp bagi ana just nice je rasenye,baik utk kesihatan,sesuai pada sesiapa yg ade diabetes..'kurangkan manis pada minuman banyakkan manis pada senyuman'..ngeee..ape kene mengena minuman dlm entri ni..utk selingan shj..abaikan je..okla xperlu membebel cik ana..just try this recipe u oll!!


Bahan A
2 1/2 cawan susu segar kotak/fresh milk
12-13 keping roti 



Bahan B
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar mentega
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung


Bahan C

Kismis dan ceri hijau/merah (tak nak letak pun tak apa)


Cara-cara:
Koyakkan roti dan rendam dalam susu. Ketepikan
Blend bahan B dan masukkan dalam adunan roti, gaulkan.
Masukkan kismis dan ceri, gaulkan dan tuangkan ke dalam loyang.
Taburkan sedikit kismis dan ceri sebagai hiasan.
Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga masak.




7 Cara Kempiskan Perut Buncit

0 rajin komen


Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.
Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.
Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.
Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah  mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:
1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Selamat mencuba!
Oleh: NAIMAH SHAARI

Monday, February 6, 2012

Haram Sambut Hari Lahir Dengan Meniup Lilin Dan Menyanyi

0 rajin komen

Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi....setengah orang cakap tak boleh...kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu "Allah selamatkan kamu"?

Jawapannya

Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.

Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.

Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu 
“selamat hari jadi”?

Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :


“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”

Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.

Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.


Tahukah Kamu Kecantikan Itu Bagaimana?

0 rajin komen
Tidak cantik = rendah diri dan jarang disukai orang.
Cantik =  Berkeyakinan , terkenal dan disukai banyak orang
Itulah sekelumit formula yang ada dalam fikiran wanita. Sebuah formula yang  simple namun amat berbahaya. Dari manakah asal muasal formula  ini? Mungkin dari media mahupun pandangan masyarakat yang telah diracuni bahawa, kecantikan hanya terbatas pada luaran sahaja.  Yang cantik adalah yang berkulit putih, tinggi, hidung mancung, bibir merah dan sebagainya.
Akibatnya banyak kaum hawa yang ingin kelihatan cantik seperti yang digambarkan. Mereka tergoda untuk membeli kosmetik yang dapat mewujudkan mimpi-mimpi. Mereka lalai tentang syariat yang telah mengatur batasan-batasan untuk tampil cantik.
Mereka ingin kelihatan secantik model dan bintang filem. Perkataan cantik telah disalah erti sedemikian rupa oleh media, sehingga menukarkan hakikat cantik yang sebenarnya. Mereka sibuk mencalit bedak pada kulit tanpa peduli pada hati mereka yang kian gersang.
Tujuannya?
Jelas, untuk menambah deretan peminat dan agar lebih mudah mencari pasangan hidup. Alangkah naifnya. Fakta menunjukkan perkahwinan yang berjaya adalah bukan dari wanita yang cantik tetapi, dan kebanyakkan perkahwinan yang berakhir ditengah jalan adalah dari wanita – wanita yang cantik. Jadi, kaitan antara cantik dan kejayaan hidup!.
Orang yang berjaya dalam perkahwinan, walaupun tidak cantik tetapi keperibadiannya amat menyenangkan. Mereka tidak hanya fokus pada luaran sahaja tetapi mereka lebih peduli pada recovery iman yang nampak jelas dalam sikap dan prinsip hidup mereka, kukuh tidak goyah. Pun, jika ada yang berwajah elok, mereka  menutupinya  supaya kecantikannya tidak menjadi fitnah  dan hanya dipersembahkan untuk  suami sahaja
prinsip hidup mereka, bersyukur pada apa yang telah Allah berikan tanpa meminta lebih lagi. Ridha dengan bentuk tubuh dan wajah yang dianugerahkan Allah. Kerana inilah bentuk terbaik menurut-Nya, bukan menurut  fikiran dangkal kita. Kalau kita boleh memilih, mempunyai wajah dan keperibadian yang cantik itu memang lebih baik, tetapi tidak semua orang dianugerahkan  seperti itu. Itulah mahakeadilan Allah, ada kelebihan dan kekurangan pada diri setiap orang.
Dan satu perkara yang pasti, Tingkahlaku seseorang itu mencerminkan pemahaman mereka. Jika kita rajin menuntut ilmu agama, insyaallah gerak-geri kita sesuai dengan ilmu yang kita miliki. Begitu juga yang terjadi pada wanita-wanita yang terpaku pada kecantikan fizik semata – mata.

“Siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah akan fahamkan ia dalam agamanya”(Sahih, Muttafaqun ‘alaihi).

Hadist diatas dijelaskan oleh Syaikh Ibnu Baz bahwa ia menunjukkan keutamaan ilmu. Jika Allah menginginkan seorang hamba memperoleh kebaikan, Allah akan memahamkan agamaNya sehingga dia dapat mengetahui mana yang benar dan mana yang batil, mana petunjuk mana kesesatan. Dengannya pula dia dapat mengenal Rabbnya dengan nama dan sifat-sifatNya serta tahu keagungan hakNya.
 Apalah gunanya cantik tetapi hati tidak tenteram. Cantik tetapi dilaknat oleh Allah dan rasulNya. Kecantikan fizikal tidak akan bertahan lama, ia hanya palsu sahaja.
Ada yang lebih cantik dihadapan Allah, Rabb semesta alam, iaitu kecantikan hati yang  akan nampak pada mulianya akhlak. Banyakkan muhasabah, kenali apa-apa yang masih kurang dan lekas diperbaiki.
 Faham Syari’at = CANTIK
Tidak Faham Syari’at = Tidak CANTIK sama sekali!
Bagaimana? setuju?
“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati  kalian” (HR.Muslim)

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu

Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya

Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada 
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

Muslimah Sholehah

Sunday, February 5, 2012

Peristiwa-peristiwa Aneh Sebelum Kewafatan Rasulullah s.a.w.

0 rajin komen


Terdapat beberapa peristiwa atau kisah aneh dan pelik yang terjadi dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. sebelum kewafatan Baginda, sebelum pendedahan terhadap mereka yang berminat untuk mengetahui hal-hal aneh dan pelik, di samping untuk memantapkan keyakinan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul.

Rasulullah s.a.w. bukanlah seorang manusia biasa tetapi manusia luar biasa yang wajib kita agungkan. Hal ini kerana, sudah menjadi fitrah semulajadi manusia, akan mengagungkan tokoh yang mempunyai kelebihan luar biasa. Allah s.w.t. memberikan mukjizat, iaitu perkara luar biasa kepada para nabi dan rasul-Nya, termasuk khususnya kepada Rasulullah s.a.w. sebagai membuktikan kebenaran kenabian dan kerasulan insan yang diutuskan-nya untuk umat sejagat ini.

Terdapat lapan peristiwa aneh sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w. Peristiwa tersebut adalah seperti berikut:

1. Rasulullah s.a.w. Mengajar Cara Solat Jenazah

Antara peristiwa pelik sebelum kewafatannya adalah Baginda mengajar cara-cara mengkafan dan solat jenazah. Peristiwa itu berlaku ketika Rasulullah s.a.w. berada di rumah Aisyah r.ha., Baginda memanggil para sahabat supaya berkumpul dan Baginda memesan sesuatu serta mengajar cara mengkafankan jenazahnya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Selamat datang kamu semua, semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua telah dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t. Kalau telah sampai ajalku, maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong kedua-duanya.

"Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, hedaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku di dalam rumah ini. Kemudian, kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku.

Pertama yang akan berselawat ke atasku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan solatkan aku ialah Jibrail a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil a.s., malakikat Mikail a.s. dan terakhir sekali malaikat Izrail a.s. beserta dengan para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok untuk solat atasku.”


2. Pesanan Terakhir kepada Para Sahabat

Perkara pelik yang lain, iaitu pesanan terakhir Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua ‘dua penasihat’ yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit timbul antara kamu, hendaklah kamu semua kembali kepada al-Quran dan hadisku. Sekiranya hati kamu itu keras, maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran daripada maut.”

3. 
Rasulullah s.a.w. Meminta Abu Bakar Menjadi Imam

Semasa Baginda s.a.w. sakit, Baginda tidak mampu untuk keluar bersembahyang bersama-sama orang ramai, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Suruhlah Abu bakar untuk mengimami sembahyang.” Baginda telah menyuruh Abu Bakar menjadi imam menggantikan tempatnya. Dengan itu Rasulullah s.a.w. meredai Abu Bakar sebagai khalifahnya (penggantinya) ketika Rasulullah s.a.w. masih hidup. Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada mulanya Abu Bakar sendiri menyatakan kurang senang dengan suruhan itu. Aisyah telah menerangkan kepada Baginda s.a.w. bahawa ayahnya tidak sihat, mudah sahaja jatuh sakit dan suaranya lemah. Apabila membaca ayat-ayat al-Quran, beliau cepat beremosi, mengenang dan mencurah-curah air matanya. Apa pula tanggapan Jemaah lain apabila melihat Abu Bakar menjadi imam sedangkan Rasulullah s.a.w. masih ada.

Tetapi Rasulullah s.a.w. telah menolak alasan-alasan ini. Abu Bakar menjadi imam sebanyak 17 kali semasa Rasulullah s.a.w. sakit kali terakhir.

4. 
Rasulullah s.a.w. Dipapah ke Masjid

Semasa Baginda s.a.w. sakit teruk, Rasulullah s.a.w. memanggil Ali dan Fadl bin Abbas r.a., lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua-dua mereka dan terus Baginda dipapah pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid, maka Rasulullah s.a.w. pun bersolat subuh bersama-sama dengan para Jemaah.

5. 
Pemergiannya, Sengaja Dibayang-bayangkan

Pemergian Rasulullah s.a.w. sering dibayangkan. Semasa Baginda menyampaikan perutusan di atas Gunung Arafah semasa mengerjakan Haji Wada’, Baginda berkata bahawa mereka tidak akan berjumpa lagi selepas tahun itu. Semasa menyempurnakan pengebumian pejuang yang gugur di peperangan Uhud, Baginda telah membaca surah al-Fatihah dan talkin. Dalam talkin itu, Baginda telah berkata yang bermaksud, “Saya akan mengikuti saudara tidak lama lagi.”

Di Jaunt al-Banuqui, Baginda secara terang-terangan menyatakan masa baginya semakin dekat. Beberapa hari sebelum Baginda wafat, dalam satu perhimpunan terakhir baginya, Baginda memberi nasihat-nasihat tertentu kepada pengikut-pengikut Baginda ketika itu.

6. 
Sakit yang Membawa Maut

Pada bulan Jun tahun 623M, sakit Rasulullah s.a.w. semakin teruk. Baginda telah pergi melawat satu kematian, apabila pulang daripada menziarahinya, Baginda semakin tenat. Kemudian, para sahabat bertanyakan keadaan baginda, lalu Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Nabi-nabi sememangnya menanggung kesakitan yang lebih teruk daripada orang lain, itulah satu sebab kenapa mereka menerima ganjaran Tuhan yang lebih tinggi.” Sakit yang terakhir ini berlarutan selama 13 atau 14 hari.

Pada 11 hari pertama, Rasulullah s.a.w. masih lagi pergi menunaikan solat di Masjid Nabawiah. Pada suatu ketika dalam lima hari terakhir, semasa Rasulullah s.a.w. sakit teruk dan demam, Rasulullah s.a.w. meminta diambilkan air sejuk untuk mandi. Air sebanyak tujuh buah baldi itu hendaklah diambil dari telaga yang berasingan di Madinah.

Selepas mandi, panas badan yang dirasai semakin reda dan Rasulullah s.a.w. berasa sedikit lega. Selepas itu, Rasulullah s.a.w. bangun lalu pergi ke masjid dan berucap kepada jemaah yang hadir. Katanya dengan tegas, “Setelah aku mati, jangan sekali-kali aku dipuja dan jangan sekali-kali perkuburanku dijadikan satu tempat pemujaan dan penyembahan.”

Selepas pulang daripada menyampaikan kata-kata tersebut, Rasulullah s.a.w. tenat semula. Tubuh badan Rasulullah s.a.w. semakin lesu dan wajah Rasulullah s.a.w. semakin pucat. Rasulullah s.a.w. berbaring dan tidak sedarkan diri. Kebetulan pada waktu itu ada seorang Muslim pulang dari Abyssinia dan membawa ubat. Lalu Sayidina Ali mengambil ubat tersebut dan memasukkan sedikit ke dalam mulut Baginda. Setelah Rasulullah s.a.w. sedar, Baginda menyatakan Baginda tidak suka diberi ubat tanpa izin Baginda. Sebagai hukuman, semua yang hadir disuruh minum sedikit ubat tersebut.

7. 
Khutbah Rasulullah s.a.w. Semasa Baginda Sakit

Semasa sakit, Rasulullah s.a.w. masih mampu memberi khutbah. Antara khutbah yang diberikan oleh Baginda s.a.w. ialah (yang bermaksud), “Sesungguhnya sudah dekat pemergianku daripada kamu semua, sesiapa yang pernah aku rotan belakangnya, ini belakangku. Sila balas kepadaku. Sesiapa yang pernah aku hina, ini diriku. Silalah dia membalasnya. Sesiapa yang pernah aku ambil hartanya, ini hartaku. Silalah dia ambil kembali dan janganlah takut kemarahan daripadaku kerana itu bukan akhlakku. Sesungguhnya orang yang paling aku sukai dalam kalangan kamu ialah orang yang mengambil haknya daripada aku sekiranya dia mempunyai hak itu.”

Selepas itu, seorang sahabat bangun dan menyebut dia mempunyai tiga dinar daripada harta Rasulullah s.a.w. Baginda meminta Qusam memberikan tiga dinar kepada sahabat itu. Selepas itu, dia bertanya kepada sahabat itu, “Mengapa kamu minta, sedangkan ini Rasulullah?” Sahabat itu berkata, “Aku mahu menjadi orang yang paling dikasihi oleh Muhammad.” Rasulullah s.a.w. mengulangi lagi pertanyaannya, tetapi tiada seorang pun yang bangun. Rasulullah s.a.w. berkata, “Kalau begitu halalkan kepada aku untuk berjumpa dengan Tuhanku dalam keadaan hatiku tenang. Dengan kamu menghalalkan kepada aku pun aku rasa belum selamat.”

Kemudian, Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya seorang hamba diberi pilihan untuk diserahkan kepadanya segala kekayaan dunia semuanya kekal di dunia kemudian dia masuk syurga.” Rasulullah s.a.w. memilih bertemu dengan Tuhannya dan masuk syurga.

Apabila mendengar ucapan itu, Abu Bakar menangis teresak-esak. Beliau berkata, “Bahkan kamilah yang menebus kamu dengan diri kami dan anak-anak kami, wahai Muhammad.” Daripada kata-kata Muhammad, Sayidina Abu Bakar dapat memahami hamba yang Muhammad sebutkan itu adalah diri Baginda sendiri.

8. 
Pesanan Akhir, Ciuman Akhir

Pada hari kahir hayat Rasulullah s.a.w., Baginda menyuruh langsir pintu dikuakkan supaya Baginda dapat memandang ke masjid di hadapan. Baginda gembira menyaksikan Abu bakar mengimamkan sembahyang. Badannya segar sedikit setelah tidur pada malam sebelumnya. Air mukanya cerah. Lalu Rasulullah s.a.w. bangun dan pergi ke masjid dengan dipapah oleh Abbas dan Ali.

Apabila kembali dari masjid, sakit Rasulullah s.a.w. semakin bertambah. Baginda berbaring di atas pangkuan Aisyah. Baginda menyuruh Aisyah memanggil anaknya Fatimah, lalu berkata, “Aku akan pergi sebentar lagi. Engkaulah ahli keluarga yang pertama menemui aku di syurga.”

Setelah Rasulullah s.a.w. semakin tenat, Baginda memberi arahan berdoalah, doalah. Sebelum Baginda nazak, Rasulullah s.a.w. berkata, “Semoga Allah memusnahkan sesiapa yang menjadikan kubur nabi-nabi pemusatan sembahyang. Janganlah hendaknya terdapat dua agama (Yahudi dan Kristian) di bumi Semenanjung Arab.

Rasulullah s.a.w. wafat dalam pangkuan Aisyah. Baginda wafat pada sebelah petang, hari Isnin 1 Rabiulawal, insan yang paling pengasih pernah lahir di bumi ini.



Mencintai Rasulullah s.a.w.

Namun begitu, tidak terdapat riwayat-riwayat yang jelas menceritakan tentang peristiwa-peristiwa aneh yang berlaku di saat-saat kewafatan Rasulullah s.a.w. Ia sedikit berbeza dengan peristiwa yang berlaku pada saat kelahiran Baginda.

Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku pada saat-saat kewafatan Baginda, Rasulullah s.a.w. lebih banyak memberi wasiat dan peringatan kepada umatnya, sehinggakan terdapat satu riwayat yang menceritakan, di saat-saat kewafatan Baginda, Rasulullah s.a.w. menyebut “ummati-ummati”.

Perkata ini jelas berdasarkan kata-kata Ali bin Abi Talib r.a., “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah menggerakkan kedua-dua bibir Baginda sebanyak dua kali, dan aku mendengar Rasulullah s.a.w. berkata, “Umatku, umatku.” Betapa kasihnya Baginda kepada umatnya.”


Yang menjadi persoalannya kini, adakah kita semua umat Islam mengasihi dan mencintai Rasulullah s.a.w. sepertimana Baginda mencintai kita? Seandainya benar kita mencintai Rasulullah s.a.w., marilah bersama-sama kita menghayati dan mengenang kisah hidup Rasulullah s.a.w. bermula daripada saat kelahiran Baginda sehinggalah peristiwa-peristiwa akhir pada saat-saat kewafatan Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya, inilah tokoh agung yang tiada bandingannya sehinnga kini.



Rujukan artikel diambil dari :
  1. Biografi Muhammad bin Abdullah, Perjalanan Hidup Seorang Nabi
  2. Keanehan & Keabaiban dalam Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.
  3. Detik-detik Terakhir Kehidupan Rasulullah
  4. Sejarah Lengkap Sirah Nabi Muhammad (s.a.w.)
  5. Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah s.a.w.
  6. Kitab Sirah Rasulullah s.a.w.
  7. Kisah-kisah dalam Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w.

Sumber: Solusi Isu # 38


Virus kencing tikus atau Leptospirosis

0 rajin komen


Kalau benar seperti yang didakwa, penyanyi terkenal, Allahyarham Izwan Pilus adalah selebriti kedua tanah air yang meninggal dunia kerana dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis.

Seorang penyampai radio popular yang juga personaliti televisyen, Mior Ahmad Fuad atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi
 juga sebelum ini meninggal dunia kerana disyaki dijangkiti virus yang sama.

Sebenarnya kita sebelum ini jarang mendengar jangkitan sebegitu kerana ia jarang berlaku.

Tetapi hakikatnya, ia bukanlah asing kepada penduduk negara ini.

Kita pernah dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang.

Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd’s, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart & Demam Canicola.

Leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’ Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia. Jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika.


Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii. Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika. Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat.

Kerap kali, mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis. Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.


Di antara faktor risikonya adalah:
1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.


Gejala:
1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.
4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)
5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
6) Radang selaput mata
7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)



INFO: Leptospirosis
  1. Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.
  2. Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti
  3. Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.
  4. Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.
  5. Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.
Yang pasti, kita dapat mengelakkan diri daripada mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

Penyakit ini boleh berlaku kepada mereka yang berkerja di ladang-ladang, sawah, penternakan binatang, di kawasan setinggan, tapak pembinaan kawasan perumahan di mana kuman itu didapati hidup di tanah atau air kotor kerana sistem saliran yang kurang memuaskan seperti air bertakung.




Mereka yang berkunjung di tempat-tempat air kotor seperti air sungai atau tasik yang tercemar turut berisiko tinggi. Ia juga boleh berleluasa semasa musim banjir apabila seseorang meredah air banjir yang telah dicemari dengan kuman Leptospira. Kuman ini memasuki badan seseorang jika terdapat luka di kaki atau di mana-mana bahagian badan.

Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit yang membawa maut sebegini. Ingat, cegah sebelum parah!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...