1. Suami/Ayah
Siapakah yang patut menjadi penggerak kepada pelaksanaan ketiga-tiga faktor dalam pakej kebahagiaan rumah tangga? Siapa lagi kalau bukan suami. Suami perlu memainkan peranan utama dalam sebuah keluarga. Dialah pemimpin kepada isteri sepertimana firman Allah yang bermaksud:
Lelaki adalah pemimpin kepada wanita. (Surah al-Nisa’ 4:34).
Pemimpin mestilah mempunyai sifat kasih sayang, sabar dan berketrampilan dalam beberapa bidang utama. Ada kalanya dia perlu menjadi guru, ada kalanya menjadi sahabat dan ada kalanya pula mesti menjadi pemimpin.
Dalam pelbagai suasana ia mestilah bijak menyesuaikan watak-watak itu untuk mendidik dan memimpin isteri serta anak-anak. Namun suatu prinsip yang perlu tetap kukuh dalam dirinya walau dalam apa jua keadaan ialah takutkan Allah. Sehubungan dengan itu Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
Takuti kamu akan Allah dalam memimpin isterimu. (Riwayat al-Nasa’i).
Rasa takut kepada Allah akan menyebabkan para suami berhati-hati, adil dan belas ihsan semasa memimpin. Tegas dari segi perinsip tetapi lemah lembut dalam pendekatan. Lihat betapa Rasulullah begitu kasih sayang terhadap isterinya sehingga pernah berlumba lari tetapi tidak teragak-agak bersabda, maksdunya:
Jika anakku Fatimah mencuri, nescaya akan aku potong tangannya. (Muttafaq ‘alaih)
2. Isteri/Ibu
Individu kedua dalam pelaksanaan pakej kebahagiaan keluarga ialah isteri. Jika suami sebagai leader (ketua) maka isteri pula manager (pengurus). Isteri mestilah memastikan rumah tangga dan keluarga menuju arah yang telah ditetapkan oleh suami. Tanggungjawab isteri adalah dengan meletakkan ketaatan yang bulat kepada suami. Bukan itu sahaja, bahkan ketaatan anak-anak akan diserahkan juga kepada suaminya.
Jika suami takutkan Allah dalam memimpin isteri, dan isteri itu pula taatkan suami yang takutkan Allah itu, maka gabungan ketaatan inilah yang akan memberikan satu jana kuasa yang luar biasa tenaganya dalam pemantapan iman, syariat dan akhlak dalam keluarga. Sebab itu syariat menetapkan ketaatan isteri kepada suaminya mendahului ketaatannya kepada ibu bapanya sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Jika dibolehkan seorang menyembah orang lain, nescaya aku suruh isteri menyembah suaminya. (Riwayat Ahmad).
Syariat juga meminta isteri agar selalu menerangkan kehebatan dan kebaikan ayah kepada anak-anaknya. Untuk itu isteri terlebih dahulu mestilah merasai kehebatan dan kebaikan suaminya. Mana mungkin anak-anak akan menerima anjuran ibunya jika ibu itu sendiri tidak akur kepada kebaikan suaminya (ayah kepada anak-anaknya)?
Hakikat inilah yang sering diungkapkan oleh ahli hikmah bahawa hadiah terbaik seorang ibu kepada anaknya ialah mengasihi bapa mereka (suaminya). Dan begitulah sebaliknya, hadiah terbaik seorang bapa kepada anaknya ialah mengasihi ibu mereka (isterinya).
3. Anak-anak
Anak-anak umpama rakyat jelata dalam sebuah keluarga. Syariat menetapkan kasih anak kepada ibu hendaklah tiga kali ganda daripada kasihnya kepada ayah.
Dalam satu sabdanya Rasulullah mengulang kasih kepada ibu tiga kali, kemudian barulah disebut kasih kepada ayah. Apakah ini akan menimbulkan dilema dan “perpecahan kasih” antara ibu, ayah dan anak-anak? Apakah ini bermaksud jika terjadinya perselisihan antara ibu dan ayah, anak-anak akan menyebelahi ibu?
Jawabnya tidak. Soal ini tidak timbul sama sekali kerana hubungan kasih sayang antara tiga pihak itu dijalinkan begitu indah dan sistematik sekali oleh Allah.
![]() |
| sumber googling.. |
--> Solusi isu#29.18

0 rajin komen:
Post a Comment